Liga Rakyat

Liga Rakyat Demokratik lahir dicelah-celah kepincangan negara, disaat bibit-bibit perpecahan dikalangan parti-parti pembangkang mula menjelma. Keadaan ini merisaukan sekumpulan pemuda, yang telah sama-sama menganjurkan satu perbincangan khas, bagi mendesak agar diwujudkan satu koalisi pembangkang yang baru, pada 2015, bertujuan bagi memastikan agar sistem semak imbang dalam negara tidak terjejas.

​Hal ini secara jelas, dan sejarah tidak akan pernah lupa, bahawa susur galur Liga Rakyat Demokratik, telah digerakkan oleh anak-anak muda melawan, yang tidak bersetuju dan bekerja untuk menjatuhkan kekuasaan yang telah berdiri dalam negara sejak 1957.

​Liga Rakyat Demokratik telah lahir dengan nama Gerakan Anak Muda Demi Malaysia (Demi Malaysia), sebelum dijenamakan semula dengan nama Liga Pemuda, pada awal 2018, dan akhirnya, Liga Rakyat Demokratik pada 8 Januari 2020, selepas pendaftaran diluluskan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS). Seusai desakan mewujudkan koalisi pembangkang yang baru, dan setelah tertubuhnya Pakatan Harapan, Liga Pemuda telah bergerak, dengan agenda baru, iaitu menyusun tenaga pemuda agar tenaga muda dipertemukan, bagi meneruskan perjuangan menuntut perubahan di negara yang tercinta ini.