Saksikan Parlimen Digital secara langsung

Selamat menonton sidang 2 Parlimen Digital di sini atau di Facebook.

Jika anda ingin menonton rakaman sidang langsung semalam, boleh ke sini.

Apa itu Parlimen Digital?

“Parlimen Digital” adalah satu inisiatif yang menghimpunkan seramai 222 orang belia selama 2 hari bagi mendebatkan, membincangkan dan meluluskan rang undang-undang atau dasar melalui satu platform khas.

Tujuan

Memberi ruang dan saluran kepada anak muda menyuarakan pendapat dan menyatakan perspektif mereka mengenai dasar-dasar yang perlu dilaksanakan

Tumpuan

Dasar tentang krisis COVID-19, pasca-COVID-19 serta membincangkan topik-topik kepentingan negara terutama yang berkait rapat dengan keadaan semasa

Bila?

4 & 5 Julai 2020 ini!

Ikuti Kami

Kami ada di Twitter, Facebook & Instagram.

Parlimen Digital adalah suatu usaha sama

Kami ingin buktikan bahawa parlimen dapat bersidang dalam talian tanpa mengorbankan tradisi mahupun fungsinya.

Harapan kami adalah agar kerjasama ini dapat memberi manfaat dan ilham kepada para pemimpin dalam memastikan pentadbiran yang lebih cekap, telus dan responsif.