Soalan Lazim

Jika ada sebarang soalan yang tidak ada di laman web ini, sila emel parlimendigital@gmail.com

“Parlimen Digital” adalah satu inisiatif yang menghimpunkan seramai 222 orang belia selama 2 hari bagi mendebatkan, membincangkan dan meluluskan rang undang-undang atau dasar melalui satu platform khas. 

Ia bertujuan untuk memberi ruang dan saluran kepada anak muda menyuarakan pendapat dan menyatakan perspektif mereka mengenai dasar-dasar yang perlu dilaksanakan bagi menangani krisis COVID-19, pasca-COVID-19 serta membincangkan topik-topik kepentingan negara terutama yang berkait rapat dengan keadaan semasa. 

Adalah penting untuk ditekankan bahawa “Parlimen Digital” adalah suatu simulasi sidang parlimen sekiranya ianya dilakukan dalam talian, dan bukan untuk menolak sistem parlimen sedia ada.

Penyertaan boleh dilakukan melalui 3 peranan yang berlainan. Mereka yang berminat boleh memilih sama ada untuk:

  1. Mendaftarkan diri sendiri sebagai wakil rakyat, ATAU
  2. Mencalonkan nama rakan mereka yang dirasakan layak untuk menjadi wakil rakyat/kawasan, ATAU
  1. Berdaftar sebagai Pemerhati

 

Pendaftaran untuk kesemua peranan ini boleh dilakukan di laman sesawang: https://bit.ly/ParlimenDigital

Anda boleh menonton Siaran Langsung “Parlimen Digital” melalui Laman Facebook Parlimen Digital ATAU jika anda mahu terlibat secara langsung tanpa menjadi wakil, anda boleh berdaftar sebagai Pemerhati di pautan yang sama seperti yang tertera di atas: https://bit.ly/ParlimenDigital

Rentetan ketidakstabilan politik yang telah melanda Malaysia semenjak hujung bulan Februari 2020, kita juga turut dilanda ujian memerangi wabak COVID-19 dan kemelesetan ekonomi bukan saja di peringkat global malahan di peringkat tempatan. Ketidakseimbangan yang wujud disebabkan oleh keadaan politik negara yang kian bergolak dan usaha yang samar dalam menangani krisis pandemik yang melanda dunia dan negara hanya memburukkan lagi keadaan terutamanya terhadap rakyat yang tersepit di tengah-tengah. Keengganan pucuk pimpinan untuk bersidang dan menyegerakan persidangan disebabkan oleh alasan-alasan yang cukup jelas, ternyata lebih memberikan tekanan kepada rakyat dengan berlanjutnya tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

Pelbagai alasan telah diberikan oleh pucuk pimpinan untuk tidak bersidang, walhal di UK, atau bahkan negara-negara membangun seperti Brazil telah berusaha dan berjaya untuk terus menggubal undang-undang khususnya yang berkaitan krisis wabak COVID-19 secara dalam talian dengan menggunakan pelbagai peranti dan pelantar. Kami, sebagai belia negara, kecewa dengan kurangnya ketangkasan dan kecekapan yang ditunjukkan oleh pimpinan ini dalam menyesuaikan diri dengan mengadakan sesi parlimen penuh sepanjang tempoh krisis global ini .

Disebabkan belia adalah golongan yang akan paling terkesan untuk jangka masa panjang kerana kemelesetan ekonomi akibat wabak ini, CHALLENGER Malaysia, Undi 18 dan Liga Rakyat Demokratik telah bersepakat untuk menganjurkan “Parlimen Digital” dan memberi peluang kepada suara para belia di seluruh Malaysia didengari.

Ianya berada dalam perancangan kami untuk menyediakan perkhidmatan tersebut.

Disebabkan belia adalah golongan yang akan paling terkesan untuk jangka masa panjang kerana kemelesetan ekonomi akibat wabak ini, CHALLENGER Malaysia, Undi 18 dan Liga Rakyat Demokratik telah bersepakat untuk menganjurkan “Parlimen Digital” dan memberi peluang kepada suara para belia di seluruh Malaysia didengari.

Parlimen Digital bertujuan untuk menunjukkan bagaimana parlimen dapat bersidang dalam talian, bahawa isu ‘tradisi’ atau cara kebiasaan tidak sepatutnya menghindarkankan usaha untuk membincangkan masalah yang melanda negara dan rakyat. Hasil daripada kolaborasi dan usaha sama ini diharap dapat memberi manfaat dan berjaya memberi inspirasi kepada para pemimpin dalam memastikan pemerintahan yang lebih cekap, telus, dan responsif.

Pihak kami telah mengambil kira langkah-langkah keselamatan teknikal untuk memastikan hanya mereka yang terpilih sahaja yang akan mempunyai akses kepada ruangan mesyuarat aplikasi Microsoft Teams semasa sidang nanti. Pasukan teknikal kami yang terdiri daripada 5 orang akan memantau keadaan dan keselamatan sepanjang panggilan/ mesyuarat berlangsung. Kami juga telah mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk memastikan suara yang diberikan semasa proses pengundian dapat dikenal pasti oleh setiap wakil individu.

Pemilihan perwakilan akan dipilih dari masa ke semasa. Perwakilan mesti memenuhi dua syarat utama;

  1. Mereka mestilah mewakili kawasan perwakilan yang betul (disahkan melalui alamat yang disediakan ATAU kawasan pilihan raya yang telah didaftarkan ATAU alamat kampung halaman yang sah), dan
  2. berumur 15-35 tahun.

 

Pemilihan selanjutnya akan dibuat berdasarkan set peraturan yang mengukur kelayakan pemohon.

Subsidi internet akan diberikan berdasarkan keperluan.

Sila maklumkan kepada kami akan situasi atau masalah teknikal yang dihadapi dan kami akan berusaha sebaik mungkin untuk membantu menangani masalah tersebut.

Kami akan melakukan yang terbaik untuk membimbing dan membantu idea anda dalam BM. Sekiranya anda benar-benar perlu menyela dalam bahasa Inggeris, tanyakan, “Dengan izin tuan Speaker (pernyataan anda) …”

Sekiranya anda terpilih untuk menjadi barisan perwakilan “Parlimen Digital”, anda akan dilengkapi dengan lampiran prosedur untuk membiasakan anda dengan prosiding. Perwakilan juga akan terlibat dalam sesi pra-percubaan Zoom di mana taklimat akan dijalankan. Pada hari-hari menjelang hujung minggu acara, akan ada juga siri pembentukan jawatankuasa, melobi dan berpakat antara wakil. Panduan akan diberikan setiap langkah.

Konteks yang relevan akan diberikan semasa pembacaan pertama bil dengan masa yang cukup untuk belajar dan merumuskan jawapan.

Ikut kami

Kami ada di media sosial

Ikut, tekan suka, komen atau sembang dengan kami di media sosial

Mesej

Terus Tanya Kami